Minyak Sawit | Malaysia dapat penuhi permintaan global

2022-04-29 0

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kekal yakin Malaysia masih mampu membekalkan permintaan global bagi minyak sawit berikutan larangan Indonesia terhadap eksport komoditi itu bermula Khamis.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula dan buruh asing mula masuk secara beransur-ansur.